Sarat Perahu muatan pinang
Singgah Berlabuh di Kuala Daik
Kasih tuan akan dikenang
Inikan pula budi yang baik

Wednesday, 10 April 2013

Kisah Ghombau .........yang patut kita tahu



  • Pada asalnya tidak ada jawatan bergelar Yam Tuan Muda di Rembau. Rembau adalah sebuah nagari yang diperintah oleh Undang dari Suku Biduanda Jawa dan Suku Biduanda Jakun bergilir-gilir. Namun pada tahun 1795 Undang Rembau ke 10 dari Suku Biduanda Jawa, Dato Pekak telah terpecat angkara Ketua Waris Suku Biduanda Jakun telah memecat Dato Pekak dan mengisytiharkan diri sebagai Dato Undang adalah tidak mengikut peraturan dan mendapat bantahan dari waris yang lain.Dato Kusil kemudiannya telah menabalkan seorang anak raja bernama Raja Asil bin Raja Adil selaku Yam Tuan Muda Rembau bagi mengukuhkan kedudukannya di Rembau. Sejak itu wujudlah jawatan yang digelar Yam Tuan Muda di Rembau.
  • Pada tahun 1812, Rembau diperintah oleh Dato Undang Bogok dari suku Biduanda Jawa.Pada masa itu Yam Tuan Muda Riau Raja Haji bin Daeng Celak telah datang ke Rembau dan akhirnya melarikan anak gadis Dato Undang Bogok. Dato Undang Bogok naik mrh dan memerangi Raja Haji dengan di bantu oleh Raja Ali dan Jeragan Abd Rahman iaitu Dato Muda Linggi ketika itu.Yam Tuan Muda Rembau menyebelahi Raja Haji. Dalam peperangn Rembau dan Raja Haji, Rembau telah menang dan Raja Asil telah melarikan diri ke Melaka untuk perlindungan. Jawatan Yam Tuan Muda Rembau yang ditinggalkan oleh Raja Asil di berikan kepada Raja Ali seorang keturunan Bugis yang cukup bijak mengambil peluang (opportunist). Kedudukan Raja Ali ini diperkuatkan dengan kehadirian menantunya Sayyid Shaaban Sayyid Ibrahim Al Qadri yang berketurunan Arab. Sayyid Shaaban mudah mendapat pengaruh kerana berketurunan Sayyid yang mana orang ramai menyangka beliau dari keturunan Nabi.
  • Di sini jelas dapat dilihat bahawa Yam Tuan Muda Rembau bukanlah disandang dari waris dan suku pemerintah Rembau tetapi oleh orang mendatang yang mendapat peluang dari kekemelutan kuasa di Rembau. Namun Raja Haji dan menantunya Sayyid Shaaban bijak mempengaruhi orang Rembau dan memperluaskan pengaruhnya di Rembau seolah-olah beliau adalah pemerintah di Rembau.Ini jelas dilihat dari permeteraian Triti Rumbowe (Rembau) pada 5-6-1819 dengan pihak Belanda yang mengiktiraf Raja Ali sebagai pemerintah Rembau.
  • Dholl Said juga turut melakukan kesilapan meminta pertolongan Raja Ali ketika Perang Naning kerana Raja Ali adalah seorang opportunis. Apabila Inggeris menghidu karektor opprtunis ini, setelah tewas dalam Perang Naning pertama, Inggeris telah berbaik dengan Raja Ali dan ini jelas dapat dilihat melalui Triti Persahabatan Rumbowe (Rembau) pada 30-11-1831 antara Inggeris dan Raja Ali.
  • Dalam Perang Naning pertama Raja Ali melalui menantunya Sayyid Syaaban telah memberi bantuan kepd Dholl Said dan membantu Dholl Said memenangi peperangan pertama tersebut. Tetapi dalam peperangan kali kedua Raja Ali yng berketurunan Bugis ini telah membelakangi Dholl Said dan yng lebih mendukacitakan Sayyid Shaaban telah memberitahu kepada Inggeris kawasan kubu Angkatan Naning dan memecahkan rahsia ilmu pasak yang dipasang oleh Angkatan Naning iaitu dengan menaburkan tulang babi dan anjing di kawasan – kawasan pertahanan Angkatan Naning.
  • Oleh kerana jasa Sayyid Shaaban tersebut melalui Triti Rumbowe (Rembau) 1832 antara Inggeris dan Raja Ali dan Sayyid Shaaban, Sayyid Shaaban di berikan suatu kawasan di hujung nagari Rembau bagi dirinya. Kawasan tersebut dikenali dengan Tampin.

Kisah Ghombau......YANG PATUT KITA TAHU


  • PENAJIS, tempat penabalan Yang Dipertuan Besar Seri Menanti hingga tahun 1830. Penajis adalah sebuah kampung dalam daerah Rembau. Penajis juga nama sebatang sungai mengambil sempena nama kampung tersebut . Pada masa dahulu, Penajis dikenal dengan nama Kampung Penajuh. Sejarah Melayu ada menyebut Sungai Penajuh semasa menggambarkan keagungan kerajaan Melayu Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Nama ini selari dengan cerita lisan tempatan yang menyatakan bahawa kampung tersebut telah dibuka oleh Datuk Najuh. Makamnya terletak di tebing Sungai Penajis berhampiran dengan balai raya Kampung Bandar Penajis sekarang.

Kisah Ghombau.........yang patut kita tahu.

                                 
                       
                              KOMPLEKS KEDIAMAN RASMI Y.T.M UNDANG LUAK REMBAU
  • Untuk makluman, jawatan Undang Luak adalah jawatan yang dikhususkan secara ekslusif kepada keturunan Suku Biduanda di Negeri Sembilan. Suku Biduanda ialah dari keturunan anak-anak perempuan Ketua Orang Asal Rembau yang berkahwin dengan pendatang Minangkabau, khususnya  di kalangan pembesar atau ketua yang mengetuai misi masuk dan menetap di Negeri Sembilan lebih 500 tahun yang lalu. Secara mudahnya, definasi yang paling hampir untuk menerangkan maana Undang Luak ialah, 'raja bagi sesuatu luak (daerah)'. Jawatan undang luak ialah jawatan yang disandang sejak dilantik sehingga penyandangnya meninggal dunia atau dilucutkan jawatan. Perlu juga diketahui bahawa penggantinya bukan di kalangan anak-anak lelaki penyandang yang telah meninggal dunia tetapi terbuka kepada semua lelaki dari keturunan Suku Biduanda, samada keturunan Suku Biduanda Lela Maharaja atau Suku Biduanda Sedia Raja secara bergilir-gilir. Tentunya pemilihan dibuat oleh sebuah badan yang berwibawa. Tidak salah jika anda terfikir bahawa penduduk di negeri ini telah mengamalkan pemilihan secara sistem demokrasi sejak berabad-abad yang lalu!
  • Justeru itu, inilah sebabnya kompleks kediaman rasmi Y.T.M Undang Luak Rembau di namakan 'BALAI LELA SEDIA'. Kompleks kediaman rasmi Y.T.M Undang Luak Rembau ini akan menjadi kediaman rasmi Undang-Undang Luak Rembau yang dilantik secara silih berganti- dari keturunan Suku Biduanda Lela Maharaja atau Suku Biduanda SediaRaja.
  • Datuk Undang Luak Rembau Ke-21 yang memegang jawatan sekarang, Dato' Lela Maharaja Hj. Mohamaad Sharif bin Othman, ialah dari Suku Biduanda Lela Maharaja. Anda boleh mengetahui keturunan yang akan mendiami 'BALAI LELA SEDIA' .    

Tuesday, 9 April 2013

Kisah Ghombau .......yang patut kita tahu.


Sejarah Negeri Sembilan bermula di Rembau. Sejarah Rembau pula banyak bermula di kawasan sekitar DUN Kota. Pada hakikatnya Kota mempunyai banyak kesan sejarah sejak mula pembukaan Rembau oleh orang Asal dari keturunan Jakun. Sistem pemerintahan Rembau yang tersusun adalah hasil kesepakatan antara orang Asal keturunan Jakun dengan kaum pendatang Minangkabau dari Sumatera.
Perlantikan Undang Rembau yang pertama iaitu Dato' Sri Rama bin Datuk Lela Balang (Waris Jakun) pada tahun 1540 M adalah merupakan putera dari hasil perkahwinan pembesar dari Pagar Ruyung dan anak Ketua Tok Batin adalah detik permulaan sistem pemerintahan kerajaan Rembau pada ketika itu.
Sepertimana yang diketahui pakar sejarah, kerajaan Rembau banyak memberi bantuan kepada pembesar Melaka selepas kejatuhan Melaka ditangan penjajah Portugis.
Lubok China di Rembau adalah tempat pusat perdagangan orang Cina di rantau ini selepas orang-orang Cina pada ketika itu memboikot untuk berdagang di pelabuhan Melaka yang dikawal Portugis. Manakala Tun Zainal Abidin bin Bendahara Paduka Raja Tun Perak telah dilantik menjadi Dato' Lubok Cina .hina.
MAKAM PURBA UNDANG LUAK REMBAU PERTAMA (1540-1555)
ALMARHUM DATO' LELA MAHARAJA DATO' SERI
RAMA BIN TOK LELA BALANG DAN ISTERI,
PUAN SERI SITI HAWA BT. LAUT DALAM
(Makam ini terletak di Kg.Chengkau Ulu,Kota,Rembau,N.Sembilan)

Kisah Ghombau ...yang patut kita tahu

PERJANJIAN KEMERDEKAAN REMBAU

Pada hari ini 28 Januari dalam tahun 1832, satu perjanjian persahabatan ditandatangani di antara Penghulu Rembau iaitu Raja Ali dan lapan orang Suku bagi pihak Rembau dan Robert Ibbetson, Residen bagi Singapura, Pulau Pinang dan Melaka bagi pihak kerajaan Inggeris. Dengan perjanjian ini Kerajaan Inggeris membatalkan dan memansuhkan semua perjanjian dan persetujuan yang terdahulu yang dibuat di antara Rembau, Kerajaan Belanda dan Kerajaan Inggeris yang ada sekarang. Antara perjanjian itu ialah:-

1. Kerajaan Inggeris mengakui Raja Ali dan lapan orang Suku sebagai pemerintah Rembau dan jajahan takluknya.

2. Kerajaan Inggeris dan Rembau akan mengekalkan persahabatan yang berpanjangan dan menahan dari melakukan sebarang tindakan permusuhan. Kerajaan Rembau bebas menjalankan pemerintahan dalam lengkongan wilayahnya mengikut undang-undang dan adat negeri itu.

3. Jika berlaku sebarang angkara ke atas rakyat Rembau oleh rakyat Inggeris di kawasan pihak Inggeris, pihak Rembau tidak boleh melakukan sebarang tindakan tetapi hendaklah merujukkan angkara itu kepada kerajaan Inggeris untuk disiasat, dan jika sabit kesalahan di atas rakyat Inggeris, ia akan dihukum mengikut Undang-undang Inggeris, demikian juga sebaliknya jika berlaku angkara ke atas rakyat Inggeris oleh rakyat Rembau di kawasan pihak Rembau, pihak Inggeris tidak boleh mengambil sebarang tindakan tetapi hendaklah merujuk perkara itu kepada pihak berkuasa Rembau untuk disiasat, dan jika sabit kesalahan ia dihukum mengikut kesalahannya. Sekiranya pihak Rembau mengumpul orang dan kelengkapan untuk tujuan berperang, hendaklah ia memberitahu Inggeris akan tujuannya itu, demikian juga bagi pihak Inggeris hendaklah ia berbuat yang sama.

Kisah Ghombau.......yang patut kita tahu.


Fakta sejarah penentangan orang Rembau terhadap pengganas Portugis dan Belanda ;

1540 - Si Rama bin Datuk Lela Balang @ Datuk Gempa Maharaja dikerjankan sebagai Undang Rembau yang pertama di Kampung Kota

1586 - Utusan daripada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Ri’ayat Shah (1570 – 97) menemui Datuk Sedia Raja Ambo meminta bantuan menyerang Melaka. Orang Rembau membakar dan memusnahkan harta benda di sekitar tebing Sungai Melaka serta menyekat lalu lintas makanan keluar masuk ke Melaka. Orang Portugis sampai ke sempadan Rembau – Naning. Mereka dipimpin oleh a’Azambuja

Kampung Tanjung - Di kampung ini terletaknya balai kediaman Dato’ Sedia Raja Ambo bin Dato’ Lela Maharaja Si Rama, Penghulu Rembau ke 2 (1555-1606). Pada tahun 1586, utusan Sultan Ali Jalla Abdul jalil Ria’yat Shah, Sultan Johor (1570-57) telah datang menemui Dato’ Ambo meminta bantuan menyerang Portugis di Melaka. Pada tahun 1586, utusan d’Azambuja, pemerintah Portugis di Melaka datang menemui Dato’ Ambo.

Kampung Tengah - Balai kediaman Dato’ Sedia Raja Pandak, Penghulu Rembau ke 4 (1620-1645) terletak di kampung ini. Dalam bulan Februari 1642, Syahbandar Belanda di Melaka, Jan Janz Menie berkunjung ke balai kediaman Dato’ Pandak menuntut orang Portugis yang dijadikan hamba oleh orang Rembau serta barang rampasan perang dikembalikan kepada pihak Belanda. Tuntutan ini tidak dilayan oleh Dato’ Pandak.

1640, 27 Oktober - Rembau menghantar seramai 500 orang tentera dalam serangannya ke atas Melaka.

1641, 14 Januari - Melaka jatuh ke tangan Belanda

1644, 5 Februari - Forsenburgh dan Menie datang menemui Datuk Pandak di Rembau. Pergaduhan antara Rembau dan Belanda berlaku. Semua orang Belanda termasuk Forsenburgh dan Menie mati terbunuh.

1644, 7 Februari - Gabenor van Vliet dan pasukannya diserang hendap oleh orang Rembau. Belanda berundur ke Melaka dan meninggalkan peti berisi wang berjumlah 13,000 rial.

1644, Ogos - Sekumpulan enam orang pengintip Rembau-Naning di bawah pimpinan Hitam berjaya mengumpulkan seribu orang tentera untuk melanggar Melaka.

1644 Ogos - Orang Rembau-Naning di bawah pimpinan Hitam berjaya menawan Bukit Cina, Melaka.
1645 - Tentera Rembau-Naning mengalahkan Belanda di Melekek

1677 - Raja Ibrahim, putera raja Minangkabau sampai ke Rembau

1677, April - Raja Ibrahim dengan diiringi oleh 3,770 orang pengikut bersedia menyerang Melaka. Raja Ibrahim berjaya menawan beberapa kawasan di pinggir bandar Melaka

1677, Jun - Raja Ibrahim mengadakan beberapa rundingan dengan Sultan Kuantan, Sumatera untuk mengadakan pakatan atas dasar keturunan Minangkabau menyerang Belanda di Melaka. Mereka gagal mencapai kata sepakat.

1678 - Raja Ibrahim membuat pemuafakatan dengan orang Bugis dan Makasar di Kelang atas dasar seagama untuk menyerang Belanda di Melaka

Kisah Ghombau ...yang patut kita tahu .


Nasionalisma dan reformasi ketika pemerintahan Dato Abdullah (1922–1938)
Kebanyakan kegiatan sosial dan budaya yang berkembang di merata Rembau dan seluruh Negeri Sembilan pada tahun 1920an dan 1930an adalah bertitik tolak dari aspirasi dan kejayaan Dato Abdullah bin Haji Dahan, yang menjadi Undang Rembau dari 1920 hingga 1938 dan diingati diperingkat Rembau sebagai seorang pemerintah yang berani dan pahlawan budaya moden.