Sarat Perahu muatan pinang
Singgah Berlabuh di Kuala Daik
Kasih tuan akan dikenang
Inikan pula budi yang baik

Wednesday, 10 April 2013

Kisah Ghombau.........yang patut kita tahu.

                                 
                       
                              KOMPLEKS KEDIAMAN RASMI Y.T.M UNDANG LUAK REMBAU
  • Untuk makluman, jawatan Undang Luak adalah jawatan yang dikhususkan secara ekslusif kepada keturunan Suku Biduanda di Negeri Sembilan. Suku Biduanda ialah dari keturunan anak-anak perempuan Ketua Orang Asal Rembau yang berkahwin dengan pendatang Minangkabau, khususnya  di kalangan pembesar atau ketua yang mengetuai misi masuk dan menetap di Negeri Sembilan lebih 500 tahun yang lalu. Secara mudahnya, definasi yang paling hampir untuk menerangkan maana Undang Luak ialah, 'raja bagi sesuatu luak (daerah)'. Jawatan undang luak ialah jawatan yang disandang sejak dilantik sehingga penyandangnya meninggal dunia atau dilucutkan jawatan. Perlu juga diketahui bahawa penggantinya bukan di kalangan anak-anak lelaki penyandang yang telah meninggal dunia tetapi terbuka kepada semua lelaki dari keturunan Suku Biduanda, samada keturunan Suku Biduanda Lela Maharaja atau Suku Biduanda Sedia Raja secara bergilir-gilir. Tentunya pemilihan dibuat oleh sebuah badan yang berwibawa. Tidak salah jika anda terfikir bahawa penduduk di negeri ini telah mengamalkan pemilihan secara sistem demokrasi sejak berabad-abad yang lalu!
  • Justeru itu, inilah sebabnya kompleks kediaman rasmi Y.T.M Undang Luak Rembau di namakan 'BALAI LELA SEDIA'. Kompleks kediaman rasmi Y.T.M Undang Luak Rembau ini akan menjadi kediaman rasmi Undang-Undang Luak Rembau yang dilantik secara silih berganti- dari keturunan Suku Biduanda Lela Maharaja atau Suku Biduanda SediaRaja.
  • Datuk Undang Luak Rembau Ke-21 yang memegang jawatan sekarang, Dato' Lela Maharaja Hj. Mohamaad Sharif bin Othman, ialah dari Suku Biduanda Lela Maharaja. Anda boleh mengetahui keturunan yang akan mendiami 'BALAI LELA SEDIA' .    

No comments:

Post a Comment