- PENAJIS, tempat penabalan Yang Dipertuan Besar Seri Menanti hingga tahun 1830. Penajis adalah sebuah kampung dalam daerah Rembau. Penajis juga nama sebatang sungai mengambil sempena nama kampung tersebut . Pada masa dahulu, Penajis dikenal dengan nama Kampung Penajuh. Sejarah Melayu ada menyebut Sungai Penajuh semasa menggambarkan keagungan kerajaan Melayu Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Nama ini selari dengan cerita lisan tempatan yang menyatakan bahawa kampung tersebut telah dibuka oleh Datuk Najuh. Makamnya terletak di tebing Sungai Penajis berhampiran dengan balai raya Kampung Bandar Penajis sekarang.
Sarat Perahu muatan pinang
Singgah Berlabuh di Kuala Daik
Kasih tuan akan dikenang
Inikan pula budi yang baik
Wednesday, 10 April 2013
Kisah Ghombau......YANG PATUT KITA TAHU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment