- Pada asalnya tidak ada jawatan bergelar Yam Tuan Muda di Rembau. Rembau adalah sebuah nagari yang diperintah oleh Undang dari Suku Biduanda Jawa dan Suku Biduanda Jakun bergilir-gilir. Namun pada tahun 1795 Undang Rembau ke 10 dari Suku Biduanda Jawa, Dato Pekak telah terpecat angkara Ketua Waris Suku Biduanda Jakun telah memecat Dato Pekak dan mengisytiharkan diri sebagai Dato Undang adalah tidak mengikut peraturan dan mendapat bantahan dari waris yang lain.Dato Kusil kemudiannya telah menabalkan seorang anak raja bernama Raja Asil bin Raja Adil selaku Yam Tuan Muda Rembau bagi mengukuhkan kedudukannya di Rembau. Sejak itu wujudlah jawatan yang digelar Yam Tuan Muda di Rembau.
- Pada tahun 1812, Rembau diperintah oleh Dato Undang Bogok dari suku Biduanda Jawa.Pada masa itu Yam Tuan Muda Riau Raja Haji bin Daeng Celak telah datang ke Rembau dan akhirnya melarikan anak gadis Dato Undang Bogok. Dato Undang Bogok naik mrh dan memerangi Raja Haji dengan di bantu oleh Raja Ali dan Jeragan Abd Rahman iaitu Dato Muda Linggi ketika itu.Yam Tuan Muda Rembau menyebelahi Raja Haji. Dalam peperangn Rembau dan Raja Haji, Rembau telah menang dan Raja Asil telah melarikan diri ke Melaka untuk perlindungan. Jawatan Yam Tuan Muda Rembau yang ditinggalkan oleh Raja Asil di berikan kepada Raja Ali seorang keturunan Bugis yang cukup bijak mengambil peluang (opportunist). Kedudukan Raja Ali ini diperkuatkan dengan kehadirian menantunya Sayyid Shaaban Sayyid Ibrahim Al Qadri yang berketurunan Arab. Sayyid Shaaban mudah mendapat pengaruh kerana berketurunan Sayyid yang mana orang ramai menyangka beliau dari keturunan Nabi.
- Di sini jelas dapat dilihat bahawa Yam Tuan Muda Rembau bukanlah disandang dari waris dan suku pemerintah Rembau tetapi oleh orang mendatang yang mendapat peluang dari kekemelutan kuasa di Rembau. Namun Raja Haji dan menantunya Sayyid Shaaban bijak mempengaruhi orang Rembau dan memperluaskan pengaruhnya di Rembau seolah-olah beliau adalah pemerintah di Rembau.Ini jelas dilihat dari permeteraian Triti Rumbowe (Rembau) pada 5-6-1819 dengan pihak Belanda yang mengiktiraf Raja Ali sebagai pemerintah Rembau.
- Dholl Said juga turut melakukan kesilapan meminta pertolongan Raja Ali ketika Perang Naning kerana Raja Ali adalah seorang opportunis. Apabila Inggeris menghidu karektor opprtunis ini, setelah tewas dalam Perang Naning pertama, Inggeris telah berbaik dengan Raja Ali dan ini jelas dapat dilihat melalui Triti Persahabatan Rumbowe (Rembau) pada 30-11-1831 antara Inggeris dan Raja Ali.
- Dalam Perang Naning pertama Raja Ali melalui menantunya Sayyid Syaaban telah memberi bantuan kepd Dholl Said dan membantu Dholl Said memenangi peperangan pertama tersebut. Tetapi dalam peperangan kali kedua Raja Ali yng berketurunan Bugis ini telah membelakangi Dholl Said dan yng lebih mendukacitakan Sayyid Shaaban telah memberitahu kepada Inggeris kawasan kubu Angkatan Naning dan memecahkan rahsia ilmu pasak yang dipasang oleh Angkatan Naning iaitu dengan menaburkan tulang babi dan anjing di kawasan – kawasan pertahanan Angkatan Naning.
- Oleh kerana jasa Sayyid Shaaban tersebut melalui Triti Rumbowe (Rembau) 1832 antara Inggeris dan Raja Ali dan Sayyid Shaaban, Sayyid Shaaban di berikan suatu kawasan di hujung nagari Rembau bagi dirinya. Kawasan tersebut dikenali dengan Tampin.
No comments:
Post a Comment