Sarat Perahu muatan pinang
Singgah Berlabuh di Kuala Daik
Kasih tuan akan dikenang
Inikan pula budi yang baik

Tuesday, 9 April 2013

Kisah Ghombau.......yang patut kita tahu.


Fakta sejarah penentangan orang Rembau terhadap pengganas Portugis dan Belanda ;

1540 - Si Rama bin Datuk Lela Balang @ Datuk Gempa Maharaja dikerjankan sebagai Undang Rembau yang pertama di Kampung Kota

1586 - Utusan daripada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Ri’ayat Shah (1570 – 97) menemui Datuk Sedia Raja Ambo meminta bantuan menyerang Melaka. Orang Rembau membakar dan memusnahkan harta benda di sekitar tebing Sungai Melaka serta menyekat lalu lintas makanan keluar masuk ke Melaka. Orang Portugis sampai ke sempadan Rembau – Naning. Mereka dipimpin oleh a’Azambuja

Kampung Tanjung - Di kampung ini terletaknya balai kediaman Dato’ Sedia Raja Ambo bin Dato’ Lela Maharaja Si Rama, Penghulu Rembau ke 2 (1555-1606). Pada tahun 1586, utusan Sultan Ali Jalla Abdul jalil Ria’yat Shah, Sultan Johor (1570-57) telah datang menemui Dato’ Ambo meminta bantuan menyerang Portugis di Melaka. Pada tahun 1586, utusan d’Azambuja, pemerintah Portugis di Melaka datang menemui Dato’ Ambo.

Kampung Tengah - Balai kediaman Dato’ Sedia Raja Pandak, Penghulu Rembau ke 4 (1620-1645) terletak di kampung ini. Dalam bulan Februari 1642, Syahbandar Belanda di Melaka, Jan Janz Menie berkunjung ke balai kediaman Dato’ Pandak menuntut orang Portugis yang dijadikan hamba oleh orang Rembau serta barang rampasan perang dikembalikan kepada pihak Belanda. Tuntutan ini tidak dilayan oleh Dato’ Pandak.

1640, 27 Oktober - Rembau menghantar seramai 500 orang tentera dalam serangannya ke atas Melaka.

1641, 14 Januari - Melaka jatuh ke tangan Belanda

1644, 5 Februari - Forsenburgh dan Menie datang menemui Datuk Pandak di Rembau. Pergaduhan antara Rembau dan Belanda berlaku. Semua orang Belanda termasuk Forsenburgh dan Menie mati terbunuh.

1644, 7 Februari - Gabenor van Vliet dan pasukannya diserang hendap oleh orang Rembau. Belanda berundur ke Melaka dan meninggalkan peti berisi wang berjumlah 13,000 rial.

1644, Ogos - Sekumpulan enam orang pengintip Rembau-Naning di bawah pimpinan Hitam berjaya mengumpulkan seribu orang tentera untuk melanggar Melaka.

1644 Ogos - Orang Rembau-Naning di bawah pimpinan Hitam berjaya menawan Bukit Cina, Melaka.
1645 - Tentera Rembau-Naning mengalahkan Belanda di Melekek

1677 - Raja Ibrahim, putera raja Minangkabau sampai ke Rembau

1677, April - Raja Ibrahim dengan diiringi oleh 3,770 orang pengikut bersedia menyerang Melaka. Raja Ibrahim berjaya menawan beberapa kawasan di pinggir bandar Melaka

1677, Jun - Raja Ibrahim mengadakan beberapa rundingan dengan Sultan Kuantan, Sumatera untuk mengadakan pakatan atas dasar keturunan Minangkabau menyerang Belanda di Melaka. Mereka gagal mencapai kata sepakat.

1678 - Raja Ibrahim membuat pemuafakatan dengan orang Bugis dan Makasar di Kelang atas dasar seagama untuk menyerang Belanda di Melaka

No comments:

Post a Comment