Sarat Perahu muatan pinang
Singgah Berlabuh di Kuala Daik
Kasih tuan akan dikenang
Inikan pula budi yang baik

Tuesday, 9 April 2013

Kisah Ghombau ... yang patut kita tahu,

cover
Add caption

“A Share of the Harvest – Kinship, Property, and Social History among the Malays of Rembau” yang ditulis oleh Michael Gates Peletz terbitan University of California Press pada tahun 1988

Dalam buku itu menyebutkan berlaku Kontoversi Adat yang besar pada tahun 1951. Pada tahun 1951 Biro Agama UMNO Bahagian Rembau telah mengeluarkan satu memorandum bahawa terdapat beberapa amalan Adat Perpatih yang bertentangan dengan hukum Islam , dan sesiapa yang mengamalkannya adalah berdosa. Ramai pihak telah menyokong memorandum tersebut. Sehingga mendapat sokongan Undang dan Yam Tuan Besar pada ketika itu dimana dalam buku itu memetik “…Yang diPertuan Besar then brought the matter to the Council of State, proposing a review of Chapter 215 of the Customary Tenure Enactment of 1926 on the grounds that it was unfair to men” (Yang Dipertuan Besar kemudian telah membawa perkara tersebut pada Majlis Negeri, mencadangkan agar dikaji Bab 215 Akta Adat 1926 atas alasan ianya tidak berlaku adil kepada pihak lelaki)

Bagaimanapun memorandum ini tidak berjaya dilaksanakan kerana ianya mendapat tentangan dari orang-orang Adat di peringkat bawahan.

Tokoh Agama Ghombau .....

TOKOH: Ibrahim Bin Haji Muhammad Dahan Bin Hassani, Haji. Juga dikenali dengan Tuan Guru Haji Ibrahim TOKOH: Ibrahim Bin Haji Muhammad Dahan Bin Hassani, Haji. Juga dikenali dengan Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau, 

TOKOH GHOMBAU .......

1922 - 1938 Y.A.M. Dato' Abdu'llah bin Haji Dahan (Waris Jawa), Dato' Sedia di-Raja and 18th Undang Luak of Rembau, 

Wednesday, 27 March 2013

Sekadar berkongsi cheghito........Sejarah Ghombau


                     Semasa Kesultanan Melaka,  penduduk Rembau merupakan Jakun dibawah pimpinan Batin Tok Pak Tinggam. Nama lama Rembau adalah Prabu. Abad ke 16 Rembau dibawah pimpinan Batin Sekudai  . Masa ini masih jajahan Melaka dan Tun Jenal menjadi wakil Melaka ngan gelaran Tun Rembau tinggal di Lubok Cina. 

Nama asal  Rembau bermula daripada sebatang pokok Merbau Tua yang besar menaungi hampir 10 buah kampong. Masa utk menebang pokok tersebut mengambil masa  hampir 1 bulan. Tapak pokok boleh dihidang hampir 12 dulang. Ini bukan dongeng kerana semasa penduduk kawasan tersebut membajak masih terdapat batang pokok yang nmasih belum hancur. . Masa inilah keluarga Jakun yg ingin membuka kampung disuruh meniti sepanjang  pokok tersebut sampai diujung buatlah kampong  di Sg Ujung. Sungai  Ujung digelar Sg Ujung kerana berada  dihujung sungai

Orang  Minangkabau yang pertama datang ke Negeri Sembilan yakini Rembau adalah Datuk Leteh. Datuk Leteh dan orang Minangkabau telah hidup harmoni bersama orang Jakun sehinggakan Batin Sekudai menyerahkan anaknya Datuk Bungkal  sebagai anak angkat Datuk Leteh.

Orang Minangkabau yang kedua datang ke Rembau adalah Datuk Lela Bangsa dari suku Batu Hampar menetap di Penajis. Beliau dikahwin dengan Datuk Bungkal mendapat anak lelaki Seri Rama (Penghulu Rembau yang Pertama).Kedatangan  beliau diikuti oleh Datuk Laut Dalam dari suku Paya Kumbuh menetap di Legung.

Dalam tahun  1540, Datuk Lela Balang dan Datuk Laut Dalam telah pergi mengadap Sultan Alauddin Riayat Syah untuk menyatakan hasrat orang Minangkabau melantik penghulu.

 Permohonan ini tidak di persetujui oleh Sultan dan Seri Rama telah menjadi Penghulu yang pertama  dengan gelaran Datuk Lela Maharaja. (Suku Biduanda Jakun). Oleh sebab beliau masih kecil diwakilkan oleh Datuk Lela Balang dgn gelaran Datuk Gempa Maharaja. 

Apabila Datuk Laut Dalam tak setuju beliau pun mengadap sultan dan meminta keranaya  juga layak untuk menjadi Penghulu dengan syarat kahwin Seri Rama dengan anak DatuK Laut Dalam dan anak lelaki yang pertama akan menjadi penghulu dengan gelaran Datuk Sedia Raja (Biduanda Jawa). Datuk Lauta Dalam telah digelar Datuk Merbangsa. 


Sekadar berkongsi cheghito ........ Pokan Kota


 Pekan Kota seperti tidak sepadan dengan gah dan gemilang tempat inilima abad yang lalu. Sesiapa yang menekuni sejarah awal peradaban dan perkembangan Adat Perpatih akan turut mengakui bahawa di bumi Kota inilah terbinanya asas perkembangan adat tersebut di Daerah Rembau.  

Blog ‘Nagari Nan Tuo’, mencatatkan bahawa nama purba ‘Kota’, ialah ‘GOMBIGHO’(Gembira ) di dalam catatan beliau, ‘Sejarah Ringkas Rembau’. Dikatakan bahawa kampung ini telah dibuka oleh penduduk asal, Batin Pak Nilu di sekitar tahun 1502.  

Bagaimanapun, nama Kampung Gombigho telah ditukar kepada Kampung Kotor (sekarang dinamakan Kota) oleh Datuk Bungkal binti Batin Sekudai. Datuk Bungkal, dari keturunan Orang Asal Suku Jakun, ialah anak angkat kepada Datuk Leteh, yang berasal dari Tanah Minangkabau.

Rentetan sejarah mengenai penempatan awal di Kampung/Pekan Kota agak panjang. Dipendekkan cerita, Datuk Bungkal binti Batin Sekudai telah berkahwin dengan pembesar dari Tanah Minangkabau, Datuk Lela Balang di Kampung Kotor (Kampung Kota Lama).

Anak lelaki pasangan itu (Datuk Bungkal binti Batin Sekudai dan Datuk Lela Balang), Datuk Sri Rama bin Datuk Lela Balang, telah di’kerjankan’ sebagai Penghulu Rembau (sekarang dipanggil Undang Luak Rembau) yang pertama di Kampong Kota di sekitar tahun 1540.

Dari keturunan anak perempuan pasangan Datuk Bungkal binti Batin Sekudai dan Datuk Lela Balang juga lahirnya keturunan elit Suku Biduanda Lela Maharaja. Dalam sistem Adat Perpatih di Rembau, anak lelaki dari Suku Biduanda Lela Maharaja sahaja yang layak menyandang jawatan Undang Luak Rembau dan juga jawatan-jawatan penting yang lain secara bergilir dengan keturunan dari Suku Biduanda Sedia Raja. Keistimewaan tersebut kekal hingga ke hari ini.

Sekadar berkongsi cheghito ......Pokan Podeh


Keunikan pekan koboi Pedas


PEKAN PEDAS .....podeh ko ?
T

Apa tidaknya dengan keadaan bangunan lama serta sebelah kiri jalan rumah kedai yang tinggal usang, pekan Pedas ini mempunyai cerita yang menarik, biarpun ia tidak akan menjelmakan hero mahupun heroin filem koboi tersebut.
Menurut sejarah seperti yang diceritakan oleh orang tua Kampung Pedas Hilir dekat sini, Pedas mendapat namanya dari pokok kerdas yang banyak terdapat di kawasan kampung pada suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun, ada juga yang menyebut perkataan ‘Pedas’ itu mengambil istilah makanan yang pedas seperti masak lemak cili api.Apa pun para pengkaji sejarah berpendapat Pedas, sebuah pekan kecil dalam daerah Rembau ini dahulunya merupakan kawasan sawah padi yang maju, sebelum ia digantikan dengan perladangan kelapa sawit dan getah.

Walaupun kedudukan pekan ini merupakan di bahagian tengah antara Seremban dan pekan Rembau, ia kini menjadi lokasi penting buat penduduk di sekitar.
Bagi mereka, di pekan ini segala keperluan barang dapur, mudah diperoleh selain terdapatnya beberapa gerai makan dan minum pagi serta sebuah Balai Polis Pedas dan masjid.
Terdapat lagi keunikan di pekan koboi ini, berbanding pekan kecil lain di daerah itu seperti Chengkau, Astana Raja, Kota dan Lubuk Cina.

Pekan kecil Pedas dilihat lebih menonjol dan tersohor kerana mempunyai daya tarikan kolam air panas semula jadi yang ditemui masyarakat di situ sekitar abad ke-19.
Kolam itu dikatakan pernah menjadi tempat tentera Jepun dan Inggeris memulihkan luka akibat peperangan.

Lebih menarik khasiatnya yang dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kulit dan lenguh sendi serta mampu merenggangkan otot badan dan saraf yang tegang, menyebabkan ia menjadi tumpuan ramai.
Kalangan pengunjung yang mengunjungi kolam berkenaan bukan saja penduduk tempatan tetapi juga luar negara dari Thailand, Jepun dan Singapura yang sanggup datang ke situ untuk berikhtiar mengubati penyakit tertentu.

Namun, kolam yang mempunyai kepanasan suhu mencecah antara 28 hingga 46 darjah celsius itu sudah dinaik taraf menjadi taman tema air dikenali Wet World Resort Pedas Hot Spring pada 1998 sebelum dibuka pada 1999 sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan.
Walaupun di sini orang ramai tidak berpeluang melihat wajah Cisco Kid, The Durango Kid, The Lone Rider, Broncho Billy, Cherokee Charlie, George Sky Eagle dan Charles Brunner, pekan koboi di Pedas ini pasti meninggalkan nostalgia.