Sarat Perahu muatan pinang
Singgah Berlabuh di Kuala Daik
Kasih tuan akan dikenang
Inikan pula budi yang baik

Wednesday, 27 March 2013

Sekadar berkongsi cheghito ......Pokan Podeh


Keunikan pekan koboi Pedas


PEKAN PEDAS .....podeh ko ?
T

Apa tidaknya dengan keadaan bangunan lama serta sebelah kiri jalan rumah kedai yang tinggal usang, pekan Pedas ini mempunyai cerita yang menarik, biarpun ia tidak akan menjelmakan hero mahupun heroin filem koboi tersebut.
Menurut sejarah seperti yang diceritakan oleh orang tua Kampung Pedas Hilir dekat sini, Pedas mendapat namanya dari pokok kerdas yang banyak terdapat di kawasan kampung pada suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun, ada juga yang menyebut perkataan ‘Pedas’ itu mengambil istilah makanan yang pedas seperti masak lemak cili api.Apa pun para pengkaji sejarah berpendapat Pedas, sebuah pekan kecil dalam daerah Rembau ini dahulunya merupakan kawasan sawah padi yang maju, sebelum ia digantikan dengan perladangan kelapa sawit dan getah.

Walaupun kedudukan pekan ini merupakan di bahagian tengah antara Seremban dan pekan Rembau, ia kini menjadi lokasi penting buat penduduk di sekitar.
Bagi mereka, di pekan ini segala keperluan barang dapur, mudah diperoleh selain terdapatnya beberapa gerai makan dan minum pagi serta sebuah Balai Polis Pedas dan masjid.
Terdapat lagi keunikan di pekan koboi ini, berbanding pekan kecil lain di daerah itu seperti Chengkau, Astana Raja, Kota dan Lubuk Cina.

Pekan kecil Pedas dilihat lebih menonjol dan tersohor kerana mempunyai daya tarikan kolam air panas semula jadi yang ditemui masyarakat di situ sekitar abad ke-19.
Kolam itu dikatakan pernah menjadi tempat tentera Jepun dan Inggeris memulihkan luka akibat peperangan.

Lebih menarik khasiatnya yang dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kulit dan lenguh sendi serta mampu merenggangkan otot badan dan saraf yang tegang, menyebabkan ia menjadi tumpuan ramai.
Kalangan pengunjung yang mengunjungi kolam berkenaan bukan saja penduduk tempatan tetapi juga luar negara dari Thailand, Jepun dan Singapura yang sanggup datang ke situ untuk berikhtiar mengubati penyakit tertentu.

Namun, kolam yang mempunyai kepanasan suhu mencecah antara 28 hingga 46 darjah celsius itu sudah dinaik taraf menjadi taman tema air dikenali Wet World Resort Pedas Hot Spring pada 1998 sebelum dibuka pada 1999 sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan.
Walaupun di sini orang ramai tidak berpeluang melihat wajah Cisco Kid, The Durango Kid, The Lone Rider, Broncho Billy, Cherokee Charlie, George Sky Eagle dan Charles Brunner, pekan koboi di Pedas ini pasti meninggalkan nostalgia.

No comments:

Post a Comment