Semasa Kesultanan Melaka, penduduk Rembau merupakan Jakun dibawah pimpinan Batin Tok Pak Tinggam. Nama lama Rembau adalah Prabu. Abad ke 16 Rembau dibawah pimpinan Batin Sekudai . Masa ini masih jajahan Melaka dan Tun Jenal menjadi wakil Melaka ngan gelaran Tun Rembau tinggal di Lubok Cina.
Nama asal Rembau bermula daripada sebatang pokok Merbau Tua yang besar menaungi hampir 10 buah kampong. Masa utk menebang pokok tersebut mengambil masa hampir 1 bulan. Tapak pokok boleh dihidang hampir 12 dulang. Ini bukan dongeng kerana semasa penduduk kawasan tersebut membajak masih terdapat batang pokok yang nmasih belum hancur. . Masa inilah keluarga Jakun yg ingin membuka kampung disuruh meniti sepanjang pokok tersebut sampai diujung buatlah kampong di Sg Ujung. Sungai Ujung digelar Sg Ujung kerana berada dihujung sungai
Orang Minangkabau yang pertama datang ke Negeri Sembilan yakini Rembau adalah Datuk Leteh. Datuk Leteh dan orang Minangkabau telah hidup harmoni bersama orang Jakun sehinggakan Batin Sekudai menyerahkan anaknya Datuk Bungkal sebagai anak angkat Datuk Leteh.
Orang Minangkabau yang kedua datang ke Rembau adalah Datuk Lela Bangsa dari suku Batu Hampar menetap di Penajis. Beliau dikahwin dengan Datuk Bungkal mendapat anak lelaki Seri Rama (Penghulu Rembau yang Pertama).Kedatangan beliau diikuti oleh Datuk Laut Dalam dari suku Paya Kumbuh menetap di Legung.
Dalam tahun 1540, Datuk Lela Balang dan Datuk Laut Dalam telah pergi mengadap Sultan Alauddin Riayat Syah untuk menyatakan hasrat orang Minangkabau melantik penghulu.
Permohonan ini tidak di persetujui oleh Sultan dan Seri Rama telah menjadi Penghulu yang pertama dengan gelaran Datuk Lela Maharaja. (Suku Biduanda Jakun). Oleh sebab beliau masih kecil diwakilkan oleh Datuk Lela Balang dgn gelaran Datuk Gempa Maharaja.
Apabila Datuk Laut Dalam tak setuju beliau pun mengadap sultan dan meminta keranaya juga layak untuk menjadi Penghulu dengan syarat kahwin Seri Rama dengan anak DatuK Laut Dalam dan anak lelaki yang pertama akan menjadi penghulu dengan gelaran Datuk Sedia Raja (Biduanda Jawa). Datuk Lauta Dalam telah digelar Datuk Merbangsa.

No comments:
Post a Comment